Sunday, June 27, 2010

Cerita luar Negara

WASHINGTON 26 Jun - Malaysia dan Thailand buat kali pertama menyertai latihan ketenteraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) di Lautan Pasifik.

SYDNEY 26 Jun – Penyingkiran Kevin Rudd sebagai Perdana Menteri Australia oleh timbalan beliau, Julia Gillard ternyata langkah bijak, apabila tinjauan pendapat umum pertama selepas penggulingan itu menunjukkan Gillard akan memenangi pilihan raya umum dengan kelebihan undi yang besar.

NAYPYIDAW 26 Jun - Pihak berkuasa Myanmar hari ini membakar dadah bernilai kira-kira AS$76 juta (RM243 juta), sementara junta tentera memberi amaran mengenai tanda-tanda melonjaknya pengeluaran dadah di wilayah timur laut negara ini.

SAN FRANCISCO 26 Jun – Twitter semalam melaporkan kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan melonjakkan bilangan ‘tweet’ yang dikirim menerusi perkhidmatan mikroblog itu ke paras tertinggi iaitu 3,283 mesej sesaat.

No comments:

Post a Comment