Saturday, July 31, 2010

Limbang Gets Mesra

What to expect from Limbang? Lots of energy! Warm and friendly faces! Kind and helpful people! That was the feeling and impression I got from the 54 participants representing government departments, heads of community, councillors, and hoteliers from Limbang town after the 2 day tourism workshop held at a town hotel.

All the best to you and the 'Bahasa Rojak' was fun. What do you call 'dabai' again? And I had no chance to try the Ikan Tahai but hopefully next time.

Tourism Workshop

Pada 26 dan 27 july 2010..aku telah menghadiri kursus yang dikenali sebagai 'MESRA MALAYSIA' yang dihadiri oleh jabatan kerajaan yang beperanan secara langsung dan secara tidak langsung...Ketika Kursus ini kami telah diajar atau Facilitator kami Yang Dikenali Sebagai Madam Sim ling ling dan Kursus ini Telah Diadakan Di Hotel Purnama Limbang.....dan Dianjurkan Oleh Kementrian Pelancongan Malaysia..
Dalam 2 hari menghadiri Kursus ini, Aku Telah mendapat segala Tentang penarikan Pelancong Ke negara kita Ini.....kata Madam sim kita Hanya Perlu berbekalkan 'Smile"kata2 itu selalu diingatkan kepada semua Peserta yang telah menghadiri Kursus ini....
Tanpa Ragu Facilitator kami mengendalikan Kursus ini Dengan kemahiran Yang dimilikinya kepada kami...Walaupun Facilitator kami seorang Perempun namun Beliau mempunyai kreativiti tersendiri....setakat Ini saja.....

Saturday, July 3, 2010

Cipta rekod dunia timang Jabulani

HAVANA, Cuba - Seorang rakyat Cuba, Erick Hernandez mendakwa mencipta rekod dunia menimang bola Jabulani, yang digunakan di Piala Dunia sambil duduk.

Hernandez berkata: ''Saya telah menimang bola Jabulani yang dikritik hebat oleh bintang bola sepak dunia dengan sempurna, tanpa sebarang halangan dalam masa tiga jam, tiga minit dan 14 saat di sebuah hotel di Havana.

''Saya melakukannya dengan sedikit kepenatan selepas banyak melakukan pertunjukan sempena Piala Dunia,'' katanya yang berumur 43 tahun dan menggunakan nama samaran The Dominator.

Hernandez, yang merupakan penyokong Brazil, menyatakan Jabulani mempunyai lantunan yang baik dan amat sesuai untuk digunakan.

Beliau sebelum, dia memegang rekod dunia melakukan tandukan sebanyak 319 kali dalam masa seminit.

Dia juga mencatat rekod menyepak sebiji bola ke garisan penamat dalam satu pertandingan maraton, sejauh 42 kilometer dalam masa tujuh jam 17 minit.

Kemahiran menimang bola yang diwarisi daripada keluarganya turut melibatkan abangnya, Dauglas, yang turut melakukan sesuatu yang menarik ketika menyentuh bola sebanyak 100,026 kali dalam masa 15 jam pada tahun 1997.

Sekarang, Erick mengatakan dia mahu mencuba dalam masa 24 jam tahun ini.

Tuah Komano dapat pingat

TOKYO - Pemain pertahanan Jepun, Yuichi Komano (gambar) dipertimbangkan untuk diberikan pingat, selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyebabkan Jepun tersingkir dari Piala Dunia pada pusingan kedua.

Gabenor tempat kelahiran pemain itu, Wakayama memberitahu media semalam bahawa beliau mahu menganugerahkan pingat kepada Komano atas usahanya di Afrika Selatan.

"Kami mahu menganugerahkan Komano pingat untuk memberikan orang ramai impian dan emosi," kata Yoshinobu Nisaka, yang menyaksikan kekalahan Jepun di tangan Paraguay di kawasan awam bersama ibu Komano.

Pingat itu lebih kepada untuk menghiburkan Komano selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Jepun ketika menentang Paraguay.

"Saya hanya menundukkan kepala ke lantai selepas itu tetapi rakan sepasukan memberi sokongan kepada saya.

"Tulio (Pemain Pertahanan) turut memberitahu saya bahawa dia mungkin akan melakukan perkara sama jika diberi tanggungjawab besar itu. Ia sekurang-kurangnya membolehkan saya boleh mengangkat kepala ketika pulang ke tanah air," jelas Komano.

03/07/2010 Sneijder robek hajat Brazil


Pemain Belanda, Giovanni van Bronckhorst (kiri) dan Wesley Sneijder meraikan kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Dunia selepas menewaskan Brazil 2-1 Port Elizabeth, semalam. - AFP

PORT ELIZABETH - Brazil terpaksa menangguhkan impian untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam, sekurang-kurangnya sehingga edisi 2014 di bumi sendiri setelah rebah kepada Belanda 1-2 dekat Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

Bintang AC Milan, Wesley Sneijder merupakan individu yang bertanggungjawab menunjukkan jalan pulang kepada Brazil setelah menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-67.

Terdahulu, hantaran panjangnya ke kotak penalti lawan pada minit ke-53 menjadi punca Felipe Melo tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol penyamaan Belanda setelah Brazil mendahului melalui gol awal Robinho pada minit ke-9.

Sneijder ketika ditemui wartawan selepas perlawanan memberitahu pasukannya mempunyai kelebihan ke atas Brazil ekoran lawan ditemui sebelum ini mengamalkan permainan terbuka, sama seperti wakil Amerika Selatan itu.

"Sejak dari perlawanan pertama di sini, kami telah bertemu dengan lawan yang mengamalkan corak permaianan terbuka dan membuka ruang untuk kami bergerak. Ia merupakan satu kelebihan.

"Beza antara Belanda dengan Brazil amat tipis. Saya fikir kami boleh menang dan mempunyai segala yang diperlukan untuk ke separuh akhir walaupun sedar akan berdepan lawan yang gagah," katanya.

Brazil bagaimanapun lebih dulu melaung amaran pada minit ke-7 apabila Robinho mudah menolak bola ke gawang tidak dikawal setelah penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg tewas dengan gerakan diatur Dani Alves.

Namun, keraian Brazil terhenti setelah penjaga garisan berjaya mengesan kedudukan ofsaid Alves sewaktu menanti bola hantaran rakan sepasukan di tengah padang.

Cuma dua minit berselang, kem Brazil kembali gamat setelah hantaran terus Melo kepada Robinho mudah disudahkan penyerang lincah itu dengan tolakan yang memperdaya Stekelenburg.

Jika tidak kerana kecemerlangan Stekelenburg melayangkan badan untuk menepis bola, Brazil mungkin memperoleh gol kedua menerusi sepakan lencong bintang tengahnya, Kaka pada minit ke-30.

Kerancakan permainan bersambung sebaik selepas rehat dan Belanda tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan Sneijder.

Hantaran panjangnya ke dalam kotak penalti lawan membawa kekeliruan kepada penjaga gol Brazil, Julio Cesar dan Felipe Melo yang bersaing sesama sendiri bagi menyelamatkan keadaan. Kekalutan itu menyaksikan Melo akhirnya tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol pertama Belanda.

Minit ke-67, Sneijder sekali lagi menjadi racun buat Brazil apabila menanduk masuk bola tandukan ke belakang Dirk Kuyt hasil sepakan sudut Arjen Robben untuk gol kedua Oranje.

Luka Brazil kian parah setelah Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana memijak paha Robben meskipun pengadil telah meniup wisel bagi menghentikan perlawanan. Keputusan tersebut sekali gus menyukarkan skuad samba untuk mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan. - Agensi

Thursday, July 1, 2010

JHS akan siasat kes Long Sebayang

Status syarikat pembalakan akan dikenal pasti sebelum tindakan diambil

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memberi jaminan akan menyiasat dakwaan penduduk di Long Sebayang Ulu di Limbang mengatakan hak mereka dicabuli oleh sebuah syarikat pembalakan terkemuka di daerah itu.

Pengarahnya, Datuk Len Talif Salleh berkata statussyarikat pembalakan dan kawasan terbabit perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil.

“Jabatan Hutan akan membuat siasatan berhubung dakwaan ini tetapi sebelum itu kita harus mengetahui lokasi sebenar dan syarikat pembalakan yang dimaksudkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mengatakan sama adapembalakan haram wujud di situ, siapa salah atau siapa benar kerana siasatan terperinci harus dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Len Talif berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan kaum Lun Bawang,Tabun, Kelabit dan Penan (LTKP) yang mendiami Long Sebayang Ulu, Limbang, bahawa mereka ditindas syarikat pembalakan yang beroperasi di daerah itu.

Menurut Ketua Masyarakat dan Kaum LTKP Penghulu Anderas Etong dalam kenyataannya kepada Utusan Borneo Isnin lepas, syarikat berkenaan telah membina dua pagar besi dan rotan di kawasan tanah yang dikatakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di situ sehingga menghalang urusan harian mereka.

Malah Anderas mendakwa syarikat berkenaan menebang dan menjual kayu belian dalam kawasan itu secara haram.

Mengenai dakwaan penduduk di situ mengatakan syarikat balak terbabit membina pagar dalam kawasan tanah NCR mereka Len Talif yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengurusan dan Perancangan Sumber menasihati penduduk di kawasan terbabit menyemakstatus tanah (NCR) mereka dengan Jabatan Tanah Dan Survei (JTS)

Tangani penularan seks bebas

Peningkatan kes jenayah seks di kalangan remaja dorong Perema adakan Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control

KESEDARAN:  Manaf (duduk lima kiri) dan pegawai lain merakam kenangan bersama  peserta Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control semalam.

KESEDARAN: Manaf (duduk lima kiri) dan pegawai lain merakam kenangan bersama peserta Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control semalam.

LIMBANG:Peningkatan jumlah kes jenayah seks di kalangan remaja di se­luruh negara mendorong Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (Perema) untuk mengadakan Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control bagi menangani penularan seks bebas.

Pengerusinya Datuk Manaf Daud berkata bengkel berk­enaan amat bersesuaian untuk memberi kesedaran dan peng­etahuan kepada golongan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan seksualiti.

Selain itu katanya, mereka juga diberi kemahiran untuk menangani dan mencegah tindakan berisiko tinggi yang mengundang kepada kehami­lan yang tidak dingini serta ma­salah seksualiti remaja seperti penyakit jangkitan seksual.

“Melalui bengkel ini kami mensasarkan untuk men­jadikan kumpulan sasar melibatkan golongan remaja sebagai pembimbing dan pe­nasihat rakan sebaya.

“Peranan mereka adalah untuk memberi nasihat dan motivasi kepada golongan remaja lain agar tidak terlibat dengan salah laku seksual yang boleh memporak-perandakan kehidupan anak remaja,” katanya ketika ditemui Utu­san Borneo dalam Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control di sini semalam.

Seramai 50 remaja di daerah ini menyertai bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.

Hadir sama ialah wakil Lembaga Penduduk dan Pem­bangunan Keluarga Negara, (LPPKN) Sarawak Helman Penie dan fasilitator bengkel iaitu Mohd Badrulzaman Su­haili, Alpijun Ali dan Syarifah Nurul Azah Syeikh Ahmad.

Manaf menambah Limbang dipilih sebagai destinasi per­tama bagi kawasan Malaysia Timur untuk mengadakan bengkel tersebut sekali gus mendedahkan remaja di sini agar jangan melakukan seks bebas sebelum kahwin.

“Pemilihan Limbang amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menangani penularan jenayah seks yang dikaitkan dengan pelbagai hiburan yang ada.

“Malah usaha untuk mem­bendung dan menangani per­buatan tersebut amat perlu kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif lain termasuk hamil di luar nikah, penggu­guran haram, pembuangan bayi dan kes-kes lain,” ujarnya.

Katanya bengkel tersebut juga akan diperluaskan dan diadakan lebih kerap kepada golongan remaja di seluruh negara.

“Diharap golongan remaja dapat membendung jenayah seks melalui pendedahan dan kesedaran tentang bahaya dan natijah jenayah seks bebas,” jelasnya.

Housewife lodges police report over missing husband

SIBU: A housewife from Rh Pagang, Nanga Nyimpoh, in Katibas, Song is pleading to her husband to return home for the sake of their son.

Dominic Chan  Ing Hiang

Dominic Chan Ing Hiang

Lemie Engkiran, 33, lodged a police report saying her husband Dominic Chan Ing Hiang, 40, from Mukah had been missing for seven months.

“We were married six years ago,” she said, but admitted that they were not properly registered.

“We have a six-month-old boy now.”

Lemie told police that her husband had previously said he wanted to work offshore in Terengganu.

“The last text message (SMS) from him was on May 4.

“Until now, I have received nothing from him,” she said.

Lemie said her husband had not given her money for three months.

Anyone who knows Chan’s whereabouts can contact Lemie at 0145760229 or the nearest police station