Saturday, July 3, 2010

Cipta rekod dunia timang Jabulani

HAVANA, Cuba - Seorang rakyat Cuba, Erick Hernandez mendakwa mencipta rekod dunia menimang bola Jabulani, yang digunakan di Piala Dunia sambil duduk.

Hernandez berkata: ''Saya telah menimang bola Jabulani yang dikritik hebat oleh bintang bola sepak dunia dengan sempurna, tanpa sebarang halangan dalam masa tiga jam, tiga minit dan 14 saat di sebuah hotel di Havana.

''Saya melakukannya dengan sedikit kepenatan selepas banyak melakukan pertunjukan sempena Piala Dunia,'' katanya yang berumur 43 tahun dan menggunakan nama samaran The Dominator.

Hernandez, yang merupakan penyokong Brazil, menyatakan Jabulani mempunyai lantunan yang baik dan amat sesuai untuk digunakan.

Beliau sebelum, dia memegang rekod dunia melakukan tandukan sebanyak 319 kali dalam masa seminit.

Dia juga mencatat rekod menyepak sebiji bola ke garisan penamat dalam satu pertandingan maraton, sejauh 42 kilometer dalam masa tujuh jam 17 minit.

Kemahiran menimang bola yang diwarisi daripada keluarganya turut melibatkan abangnya, Dauglas, yang turut melakukan sesuatu yang menarik ketika menyentuh bola sebanyak 100,026 kali dalam masa 15 jam pada tahun 1997.

Sekarang, Erick mengatakan dia mahu mencuba dalam masa 24 jam tahun ini.

No comments:

Post a Comment