Thursday, July 1, 2010

Tangani penularan seks bebas

Peningkatan kes jenayah seks di kalangan remaja dorong Perema adakan Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control

KESEDARAN:  Manaf (duduk lima kiri) dan pegawai lain merakam kenangan bersama  peserta Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control semalam.

KESEDARAN: Manaf (duduk lima kiri) dan pegawai lain merakam kenangan bersama peserta Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control semalam.

LIMBANG:Peningkatan jumlah kes jenayah seks di kalangan remaja di se­luruh negara mendorong Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (Perema) untuk mengadakan Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control bagi menangani penularan seks bebas.

Pengerusinya Datuk Manaf Daud berkata bengkel berk­enaan amat bersesuaian untuk memberi kesedaran dan peng­etahuan kepada golongan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan seksualiti.

Selain itu katanya, mereka juga diberi kemahiran untuk menangani dan mencegah tindakan berisiko tinggi yang mengundang kepada kehami­lan yang tidak dingini serta ma­salah seksualiti remaja seperti penyakit jangkitan seksual.

“Melalui bengkel ini kami mensasarkan untuk men­jadikan kumpulan sasar melibatkan golongan remaja sebagai pembimbing dan pe­nasihat rakan sebaya.

“Peranan mereka adalah untuk memberi nasihat dan motivasi kepada golongan remaja lain agar tidak terlibat dengan salah laku seksual yang boleh memporak-perandakan kehidupan anak remaja,” katanya ketika ditemui Utu­san Borneo dalam Bengkel Pembangunan Remaja I’m In Control di sini semalam.

Seramai 50 remaja di daerah ini menyertai bengkel tersebut yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.

Hadir sama ialah wakil Lembaga Penduduk dan Pem­bangunan Keluarga Negara, (LPPKN) Sarawak Helman Penie dan fasilitator bengkel iaitu Mohd Badrulzaman Su­haili, Alpijun Ali dan Syarifah Nurul Azah Syeikh Ahmad.

Manaf menambah Limbang dipilih sebagai destinasi per­tama bagi kawasan Malaysia Timur untuk mengadakan bengkel tersebut sekali gus mendedahkan remaja di sini agar jangan melakukan seks bebas sebelum kahwin.

“Pemilihan Limbang amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menangani penularan jenayah seks yang dikaitkan dengan pelbagai hiburan yang ada.

“Malah usaha untuk mem­bendung dan menangani per­buatan tersebut amat perlu kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif lain termasuk hamil di luar nikah, penggu­guran haram, pembuangan bayi dan kes-kes lain,” ujarnya.

Katanya bengkel tersebut juga akan diperluaskan dan diadakan lebih kerap kepada golongan remaja di seluruh negara.

“Diharap golongan remaja dapat membendung jenayah seks melalui pendedahan dan kesedaran tentang bahaya dan natijah jenayah seks bebas,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment