Saturday, July 3, 2010

Tuah Komano dapat pingat

TOKYO - Pemain pertahanan Jepun, Yuichi Komano (gambar) dipertimbangkan untuk diberikan pingat, selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyebabkan Jepun tersingkir dari Piala Dunia pada pusingan kedua.

Gabenor tempat kelahiran pemain itu, Wakayama memberitahu media semalam bahawa beliau mahu menganugerahkan pingat kepada Komano atas usahanya di Afrika Selatan.

"Kami mahu menganugerahkan Komano pingat untuk memberikan orang ramai impian dan emosi," kata Yoshinobu Nisaka, yang menyaksikan kekalahan Jepun di tangan Paraguay di kawasan awam bersama ibu Komano.

Pingat itu lebih kepada untuk menghiburkan Komano selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Jepun ketika menentang Paraguay.

"Saya hanya menundukkan kepala ke lantai selepas itu tetapi rakan sepasukan memberi sokongan kepada saya.

"Tulio (Pemain Pertahanan) turut memberitahu saya bahawa dia mungkin akan melakukan perkara sama jika diberi tanggungjawab besar itu. Ia sekurang-kurangnya membolehkan saya boleh mengangkat kepala ketika pulang ke tanah air," jelas Komano.

No comments:

Post a Comment