Thursday, July 1, 2010

JHS akan siasat kes Long Sebayang

Status syarikat pembalakan akan dikenal pasti sebelum tindakan diambil

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memberi jaminan akan menyiasat dakwaan penduduk di Long Sebayang Ulu di Limbang mengatakan hak mereka dicabuli oleh sebuah syarikat pembalakan terkemuka di daerah itu.

Pengarahnya, Datuk Len Talif Salleh berkata statussyarikat pembalakan dan kawasan terbabit perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil.

“Jabatan Hutan akan membuat siasatan berhubung dakwaan ini tetapi sebelum itu kita harus mengetahui lokasi sebenar dan syarikat pembalakan yang dimaksudkan.

“Buat masa ini kita tidak boleh mengatakan sama adapembalakan haram wujud di situ, siapa salah atau siapa benar kerana siasatan terperinci harus dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Len Talif berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan kaum Lun Bawang,Tabun, Kelabit dan Penan (LTKP) yang mendiami Long Sebayang Ulu, Limbang, bahawa mereka ditindas syarikat pembalakan yang beroperasi di daerah itu.

Menurut Ketua Masyarakat dan Kaum LTKP Penghulu Anderas Etong dalam kenyataannya kepada Utusan Borneo Isnin lepas, syarikat berkenaan telah membina dua pagar besi dan rotan di kawasan tanah yang dikatakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di situ sehingga menghalang urusan harian mereka.

Malah Anderas mendakwa syarikat berkenaan menebang dan menjual kayu belian dalam kawasan itu secara haram.

Mengenai dakwaan penduduk di situ mengatakan syarikat balak terbabit membina pagar dalam kawasan tanah NCR mereka Len Talif yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengurusan dan Perancangan Sumber menasihati penduduk di kawasan terbabit menyemakstatus tanah (NCR) mereka dengan Jabatan Tanah Dan Survei (JTS)

No comments:

Post a Comment